Thursday, December 1, 2011

Selalu Kelihatan Muda~ Nak tau macam mana?

Okey kalau kita sentiasa nak nampak muda, bak kata orang2 tua AWET MUDA, kita kenalah sentiasa tersenyum [sedekah juga tauw senyum ni]. Selain daripada tu, cuba ikut petua kat bawah ni [ Yun mmg amalkan ] :
  • Bangun sembahyang subuh…air wuduk yang kena di muka amat baik. Nak ingatkan, air yang kita ambik wudhuk tu jangan di lap tau. Biarkan kering sendiri. Banyak kelebihannya
  • Kisar beberapa jambul nanas [jambul tau bukan nanasnya] then rebus dengan air selama setengah jam. Agak-agak air rebusan tu satu cawan dah ok. Sejukkan dulu air rebusan tadi barulah diminum. Amalkan minum seminggu sekali. Okey penting eh! Pregnant women tak boleh minum. Bahaya tau!
  • Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda [ yg ni mmg Yun hantu ngan ulam2 ngan sayur hihihi ].
  • Berhenti makan sebelum kenyang [ jangan sampai x boleh nak gerak & mengah baru nak berhenti ]
  • Terus meminum air masak/suam apabila bangun pagi….(ini banyak khasiatnya) nak tau? KLIK SINI


Okey bagi mereka yang tidur dalam bilik ber air-cond. Yun pernah terbaca tapi x ingat kat mana, majalah rasanya. Letakkan segelas air dalam bilik tidur tau. Ini bagi mengelakkan bilik kita terlalu kering disebabkan suhu yang terlalu sejuk/dingin. Gelas tadi tu jangan ditutup & gunakan gelas yang tidak mudah pecah sebab takut2 terkena korang malam2. Letakkan gelas tadi kat tempat yang tingginya sederhana untuk elak daripada dicapai kanak2.


Tu lah dia sdikit sebanyak apa yang Yun amalkan... Kang letak semua tak larat kome nak baca...Huhuhu...Ni ikut nasihat mak,nenek and moyang Yun sendiri yang masih hidup hingga hari ni. Walaupun umur mcecah 100tahun, tapi moyang Yun x ada penyakit kronik. Sihat walafiat. Tak rabun, tak pekak, boleh berjalan mcm biasa tapi cumanya dah bongkok. Ingatannya kuat, dia boleh ingat nama2 cucu, cicit, piut dia suma. Yun sendiri pun x ingat you~ So kerana ke jelesan ececeh Yun pun amalkanlah suma ni. Tapi kita manusia hny merancang, yang menentukan hanya lah Dia yang satu...


Komen2 la free jer hehee...LIKE ler skali yerk~

1 orang komen:

Unknown said...

thnks share petua2 ni.. :)

Post a Comment

-> Assalammualaikum.....
-> Komenlah banyak2 kat sini yerk...
-> Give your best idea nak improve blog nie... :)