Wednesday, November 30, 2011

Pentingnya Air Suam Untuk Tubuh

Okey skang ni kan tengah musim panas disiang hari dan hujan diwaktu malam. Tapi kena ingat kita kenalah kurangkan minum air yang berais pada waktu panas ni. Kita kenalah minum air suam dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari [ Yun lak berbotol2 hehe ] 

Air suam ni baik untuk sistem tubuh badan kita. Sebab dengan meminum air suam ni ia dapat mengawal dehidrasi tubuh badan seseorang. Jangan sampai kita rasa tekak ni kering amat sampai rasa mcm nk terkoyak baru nak minum. Tu tandanya air dalam badan kita hampir kering [ yeker..?hehe ]

Ada orang malu bila pergi gerai makan atau restoran tapi order air putih @ air suam. Jangan malu okey! Kajian saintis dah menunjukkan selepas makan apabila kita minum minuman BERAIS, ais tersebut akan membekukan makanan berminyak yang masuk dlm badan kita. Dan ia akan menyebabkan proses penghadaman makanan tadi berjalan dengan perlahan. 

Then bila lemak-lemak makanan tadi terkumpul dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dalam tubuh kita. Lama-kelamaan, lemak yang terkumpul tadi tu akan menyebabkan kita semakin gemuk dan kita bakal mendapat pelbagai PENYAKIT!!! 

Hah mcm2 penyakit boleh dpt tauw...nak ke kena sakit jantung mcm ni... Kita patut tahu bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Kita mungkin tak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.


ataupun nak ke kena darah tinggi yang boleh menyebabkan kita stroke @ lumpuh..? dan kadangkala meyebabkan penghidapnya maut...?


ataupun nak ke kena kencing manis...? pada peringkat awalnya hanya makan ubat...ye bagi stengah orang "alah, makan ubat aja, ok dah". Tapi tau tak, jika ubat yang dimakan tidak mampu lg mengawal sistem badan, kita kena insulin... Tau apa itu insulin...? Ubat yang dimasukkan dengan cara injection setiap hari.. Arwah nenek Yun dulu insulin... Kesian tengok arwah.. Dulu masa kecik tak paham kenapa nenek cucuk jarum kat tangan... Skang dah dewasa nie [hehehe] Yun paham & tamo kena mcm tu...


Sharing is Caring right... Bukan apa... Genetik family Yun mmg ada darah tinggi & kencing manis... So skang ni Yun lebih jaga pemakanan & kesihatan... Hari2 duk naik tangga opis yang 5 tingkat ni... Pagi2 sbelum g opis dah wat senaman... Makan pun jaga & catu... Sebab Yun tau mcm mana seksanya org yg mempunyai penyakit yg dikategorikan sbg kronik ini.... Jadi, jagalah kesihatan kita~



Komen2 la free jer hehee...LIKE ler skali yerk~

0 orang komen:

Post a Comment

-> Assalammualaikum.....
-> Komenlah banyak2 kat sini yerk...
-> Give your best idea nak improve blog nie... :)