Wednesday, November 30, 2011

10 Cara Menolak Cinta Teman Rapat

Okey... tengok tajuk kat atas pon of coz dah tau kan... sometimes benda mcm ni boleh berlaku pd kita... tak dinafikan kita anggap "beliau" cuma teman rapat... tp dalam diam dia suka kat kita... Tp kita anggap dia just kawan aja... So mcm mana nak buat...?


Tentunya ada sesetengah org akan rasa tak selesa selepas teman rapat sendri luahkan perasaan... Please yer all...! Itu hak dia utk suka @ cintakan kita... Kita tak boleh nak marah atau apa saja.. Itu lah manusia... Kalau tamo terima pun, tolak lah dengan cara yg baik... Jangan dimaki dsb~ [sbb pnh ada kes mcm ni]


Hny sebab teman rapat luahkan perasaan, ada orang langsung tamo jumpa dah dengan dia.. Sedangkan dulu mcm belangkas... Last2... Tak baik buat mcm tu... Lainlah kalau kehadiran dia buat korang rasa tak selesa @ jenis memaksa x dpt lah nk tolong... Okey kat bawah ada sikit tips... Baca tauw~



1. Berterus-terang pada dia yang korang tak sesuai untuk bercinta. Kerana korang menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat.

2. Menyatakan kepadanya sekiranya korang jadi kekasihnya, korang tak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.

3. Beritahu kamu dan dia tidak sesuai sebab selama ini korang bersikap brutal ketika bersama dia dan tak ada ciri2 kekasih sejati.

4. Korang tidak pernah terfikir untuk bercinta dengan dia sebab ketika berkawan pun korang tak peduli dengan kehadirannya.

5. Terangkan padanya masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri2 pasangan yang diidamkan olehnya.

6. Elakkan daripada bertembung dengan dia ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang korang dan rakan2 lain selalu berkumpul. [ Elak aja tau, jangan pula sampai tak bertegur ]

7. Jelaskan pada dia yang korang lebih sayangkan ikatan persahabatan daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.

8. Beritahu yang korang lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana korang dah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu.

9. Beritahu pada dia yang korang dah ada calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan korang. Tapi ingat! Jelaskan secara baik kerana korang mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang.

10. Bertegas dengan pendirian korang sekiranya korang betul2 tak dapat terima dia. Ikut kata hati korang dan jangan termakan pujuk rayu dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan pada dia “KAU MASIH SAHABATKU“



Komen2 la free jer hehee...LIKE ler skali yerk~

0 orang komen:

Post a Comment

-> Assalammualaikum.....
-> Komenlah banyak2 kat sini yerk...
-> Give your best idea nak improve blog nie... :)